KADANG-kala kita akan berasa bosan jika melakukan sesuatu rutin pekerjaan yang sama sahaja setiap hari.
Jadi, adalah sangat efektif bagi sebuah syarikat di Manchester, United Kingdom ini mengambil keputusan untuk membina sebuah kolam yang dipenuhi bola-bola kecil bagi melepaskan tekanan kerja yang dilalui oleh staf-staf mereka.
Swizzles membina sebuah kolam bola di tengah-tengah stesen kerja untuk memudahkan pekerjanya beriadah.
Kolam itu terbina dengan 25,000 bola pink, kuning dan putih.
Menurut pengarah syarikat tersebut Jeremy Dee, keseimbangan dalam pekerjaan dan berlibur adalah etika kerja yang cuba disampaikannya menerusi pengenalan ‘stress reliever’ tersebut di pejabatnya, baru-baru ini.
“Ramai pekerja saya menyukai idea ini yang mana menurut mereka mengembalikan semula memori ketika zaman kanak-kanak dahulu,” katanya.
Swizzles merupakan syarikat konfeksionari yang popular di United Kingdom. – Kedahnews.com