Mangsa yang dipercayai terjatuh ke tali air disahkan maut akibat mati lemas |
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh ke dalam tali air dalam kejadian dekat Ban Tali Air, Simpor, Tikam Batu, di sini.
Mangsa, Shukkhur Zakariah, 22, beralamat di Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbok dikatakan keluar dari rumah untuk ke kedai pada jam 8.30 pagi 8 Mei lalu dan tidak pulang ke rumah selepas itu.
Kehilangannya bagaimanapun tidak disedari ahli keluarga yang menyangka dia ke tempat kerja seperti biasa.
Penduduk kampung yang melalui lokasi kejadian mengesyaki sesuatu yang mencurigakan lalu membuat pemantauan di kawasan terbabit.
Pencarian bagaimanapun menemui mayat mangsa yang dipercayai lemas dalam talam air terbabit pada keesokan harinya.
Turut ditemui, motosikal dipercayai ditunggang mangsa sebelum terjatuh ke kawasan terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mangsa hanya disedari lemas apabila mayatnya ditemui berdekatan lokasi dia dikatakan terjatuh.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas lalu terjatuh di ban tali air.
"Tiada saksi yang melihat kejadian, namun hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mengesahkan mangsa maut akibat mati lemas," katanya.
Sumber: Sinar Harian