Ustaz Sheikh Hussain Yee |
SEPERTI tokoh-tokoh agama yang lain, Ustaz Sheikh Hussain Yee juga menempa namanya yang tersendiri. Beliau mempunyai pengaruh dan pengalaman yang luas sebagai pendakwah bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Pembabitan beliau dalam menyebarkan syiar Islam juga bukan baharu, tetapi ia telah bermula sejak 36 tahun lalu. Memulakan tugasnya sebagai Kaunselor dan Pegawai Pendakwah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) pada tahun 1980.
Mulai saat itu, pendakwah yang kini berusia 76 tahun ini tidak pernah menoleh ke belakang. Hussain yang memeluk Islam ketika berusia 18 tahun terus istiqamah dalam meneruskan usaha dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di merata-rata tempat.
Tidak setakat di negara ini, malah kredibiliti beliau juga menjalar hingga ke luar negara. Beliau misalnya, pernah menjadi Pengarah Dakwah di Pusat Islam Hong Kong dan Penasihat Pertubuhan Pelarian Islam Kemboja di Paris pada tahun-tahun 1980-an.
Beliau bersyukur dengan hidayah Allah dan seterusnya gigih melaksanakan usaha-usaha dakwah walaupun dilahirkan dalam keluarga yang beragama Buddha. Rasa kesyukuran itu selari dengan sambutan positif ramai penganut agama lain terhadap Islam.
Sepanjang bergelar pendakwah, Hussain telah mengislamkan lebih 5,000 orang saudara baharu. Namun, beliau masih belum puas, malah jauh sekali berasa bangga dengan pencapaian itu kerana baginya tugas berdakwah adalah sepanjang masa.
“Saya berdakwah bukannya kerana nama tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai orang Islam. Saya hanya mampu menyampaikan risalah tentang Islam sedangkan hidayah itu adalah 100 peratus milik Allah,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Pendakwah yang suka merendah diri ini bersyukur dengan ilmu dan penghayatan Islam yang telah diterimanya selama ini, sekali gus berkongsi serta menyebarkannya kepada mereka yang mahu mencari Tuhan dan erti hidup sebenar di dunia ini.
Tidak hairanlah lulusan ilmu hadis dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi ini tidak pernah jemu-jemu atau berasa letih dalam berdakwah. Baginya, hidayah Allah dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat wajar dikongsi dengan semua orang.
Justeru, beliau bijak dalam menggunakan ilmu, pengalaman dan populariti yang ada bagi dihalakannya ke jalan diredai Allah. Selain berdakwah melalui ceramah-ceramah di khalayak, Hussain juga banyak menggunakan media-media sosial untuk tujuan itu.
Sebagai contohnya, banyak siri ceramah beliau yang disiarkan di saluran YouTube di Internet dan juga rangkaian-rangkaian media Islam di luar negara seperti Muslim Central Audio, Peace TV India dan Iqra TV yang mendapat sambutan para pencari hidayah.
Meskipun popular hingga di peringkat global, namun Hussain tetap mengutamakan gerakan dakwah di negara ini. Beliau yang menubuhkan Pertubuhan al-Khaadem pada tahun 1984 dan menjadi presidennya hingga kini terus aktif menjalankan aktiviti dakwah.
Pertubuhan yang terletak di Kampung Kayu Ara, Damansara, Selangor itu melakukan pelbagai aktiviti dakwah bagi orang bukan Islam yang mahu mendalami tentang Islam. Malah, beliau tutut melakukan kerja-kerja amal kepada golongan bukan Islam sebagai satu amal jariah.
“Saya lebih senang berdakwah secara tidak formal supaya tidak ada prasangka terhadap Islam. Kami di Pertubuhan al-Khaadem misalnya, mengadakan kelas-kelas tuisyen kepada pelajar sekolah secara percuma kerana ini juga cara kita menyebarkan ilmu.
“Selain itu, saya suka mengambil pendekatan dengan mendengar segala kemusykilan tentang Islam yang dilontarkan oleh bukan Islam. Kita akan tahu apa yang mereka tidak faham dan bersedia dengan jawapan-jawapan atas persoalan-persoalan mereka itu,” ujarnya.
Antara inisiatif pertubuhan itu adalah memberi tumpuan terhadap Rumah Harapan al-Khaadem atau Home of Hope yang telah dibangunkan bagi memberi naungan dan bantuan kepada kanak-kanak dan golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan.
Sumber: Utusan