Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar |
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar didakwa bersikap manipulatif serta berada dalam sindrom penafian apabila membuat kenyataan kononnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyalahkan anak muda tidak memahami perubahan politik Kedah.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuduhan Mahfuz adalah satu kenyataan meleset tanpa melihat kepada fakta dan agenda yang sedang dilakukan kerajaan negeri.
“Mungkin Mahfuz mengigau sejak mengikuti jelalah Deklarasi Rakyat bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga nasib 97,000 pengundi di Parlimen Pokok Sena terabai. Beliau sendiri masih tidak jelas prinsip identitinya sama ada ‘hijau’ atau ‘harum manis’,” katanya.
Menurutnya, bagi menangkis tohmahan dilemparkan, beliau menyenaraikan agenda yang dilancarkan khusus buat anak muda selepas Ahmad Bashah dilantik sebagai menteri besar.
“Hampir 45 peratus agenda adalah mengangkat aspirasi anak muda kerana beliau memahami hasrat golongan ini, selain selari dengan sikap seorang bapa yang mahu melihat anak muda Kedah berjaya dalam semua aspek,” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, berdasarkan amanat 100 hari pentadbiran Ahmad Bashah, lebih separuh agenda diberikan kepada golongan muda.
“Sebab itu ditekankan masa depan Kedah bermula hari ini, dengan melihat keperluan memenuhi kehendak pelapis. Agenda Anak Muda Kedah digubal, Akademi Bola Sepak Datuk Ahmad Basri (Adab) ditubuhkan, Internship Mahasiswa Anak Negeri (Iman) diperkenalkan, Sukan Kedah Darulaman (Sukda) diaktifkan, malah persatuan belia diberikan insentif pengurusan,” katanya.
Menurutnya, sektor pendidikan turut diberi keutamaan, antaranya dana biasiswa pelajar sekolah menengah di Kedah ditambah, selain pembiayaan dan pinjaman pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) anak Kedah diberikan secara konsisten.
“Insentif penghargaan untuk pelajar cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM disediakan, serta pemberian saguhati kepada mahasiswa anak Kedah yang memperoleh ijazah kelas pertama di IPTA dalam negara mulai tahun ini,” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, buat pertama kali, anak Kedah yang cemerlang melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia seperti, Harvard, Oxford, Cambridge atau Massachusetts Institute of Technology (MIT), inisiatif diberikan bermula sesi September 2017.
“Padanan Industri Anak Muda Kedah yang menyediakan ribuan peluang kerjaya teknikal sudah dikenal pasti dengan menganjurkan karnival khas sekitar November 2016 dan Mei 2017,” katanya.
Menurutnya, sehingga Mei ini, sebanyak RM2.1 juta disalurkan kepada 11 buah pondok, termasuk dana pengurusan dan pembelian kitab serta bantuan kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR).
“Gabungan lebih 75 buah pusat pengajian agama termasuk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) disatukan bagi menjadikan Kedah Hab Pengajian Maahad Tahfiz dan Pondok Pengajian Agama di negara ini,” katanya.
Shaiful Hazizy berkata, ini antara agenda bermanfaat untuk generasi muda untuk masa depan mereka, dalam melahirkan generasi Ibaddurrahman, bukan generasi blur atau memiliki personaliti kompleks, seperti Mahfuz yang dilihat berilmu sebaliknya kurang kajian.
“Ahmad Bashah lebih bertanggung jawab memikirkan masa depan anak Kedah, berbanding Mahfuz yang kurang komited menjaga anak pengundi di kawasannya. Saya cabar Mahfuz tunjukkan bukti program anak muda inklusif yang dilaksanakan sejak menjadi ahli parlimen,” katanya.
Sebelum itu, Mahfuz dilaporkan berkata, Ahmad Bashah didakwa cuba meletakkan kesalahan ke atas anak muda yang sehingga kini masih memandang serong dan marah kepadanya kerana tidak memahami perubahan politik yang berlaku di Kedah, yang menyaksikan berlaku pertukaran menteri besar sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuduhan Mahfuz adalah satu kenyataan meleset tanpa melihat kepada fakta dan agenda yang sedang dilakukan kerajaan negeri.
“Mungkin Mahfuz mengigau sejak mengikuti jelalah Deklarasi Rakyat bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga nasib 97,000 pengundi di Parlimen Pokok Sena terabai. Beliau sendiri masih tidak jelas prinsip identitinya sama ada ‘hijau’ atau ‘harum manis’,” katanya.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin |