Gambar Hiasan |
Nelayan tersebut, Pardin, 21, kemudiannya membawa pulang patung itu lantas dijaga oleh ibunya yang memandikan dan menghiasnya dengan pakaian kerana menyangka ianya bidadari yang turun dari langit.
Susulan penemuan itu, rumah Pardin sentiasa dikunjungi jiran dan tetamu lain yang menyifatkan penemuan itu adalah kurniaan Tuhan dari syurga.
Namun setelah pihak polis campur tangan baharulah mereka mengetahui itu hanyalah semata-mata sebuah patung alat pemuas nafsu.
Kejadian disahkan pegawai polis, Heru Pramukarno yang memaklumkan, patung tersebut turut dirampas bagi mengelakkan sebarang salah faham di kalangan penduduk kampung. –Kedahnews.com