Netizen Kedah Kecam "Amyz Styfannyz" Hina Sultan Kedah


Kecoh di media-media sosial sekitar negeri Kedah mengenai paparan "screen shot" oleh seorang pengguna Facebook yang dikatakan telah menghina Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, baru-baru ini.

Difahamkan, pengguna berkenaan yang mendaftar di akaun Facebook sebagai "Amyz Styfannyz" atau Hilmi Zabari dikatakan menghamburkan hinaan biadap itu di laman page Facebook penyokong bola sepak Pulau Pinang, "Penang Fa - Biru Putih Kuning Selamanya".

"Sultan Kedah ba*i," tulis Amyz Styfannyz di situ.

Seorang pengguna laman Facebook, Muhd Asyraf kemudiaannya telah merakam "screen shot" hinaan tersebut dan mempersoal tindakan Amyz Styfannyz itu yang dilihat melampau.

"Ko tau x ko dh hina Sultan? Aku dh screenshot komen ko ni, klau aq repot ko dh kena thn polis  tau x? Nk komen jgn smpai hina sistem kesultanan negeri.

"Ko tau x raja Kedah tu agong skrg? Agak2 ko klau semua org tengok komen ko ni cmna," tulis Muhd Asyraf berhubung kebiadapan tersebut.



Kami turut difahamkan bahawa "screen shot" berkenaan telah mula tersebar di beberapa page Facebook terkenal Kedah serta mengakibatkan ramai yang meluahkan rasa kesal dan marah terhadap Amyz Styfannyz.

"Mohon viralkan budak ni..bg cpt kena tangkap...dia mnghina sultan kedah.," tulis Sangkoroi Speedy‎, ketika menyebarkan "screen shot" berkenaan di laman page "Penduduk Sungai Petani..", baru-baru ini.


Dilaporkan ramai pemilik akaun media sosial khususnya di kalangan remaja yang masih tidak serik-serik melemparkan hinaan terhadap pemimpin, termasuk Raja-Raja Melayu, sehingga mencetus ketegangan ramai netizen, meskipun sebilangannya telah ditahan pihak berkuasa atas kebiadapan tersebut.

Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan dakwaan tersebut sama ada benar atau tidak ekoran dipercayai ia telah dipadam oleh pihak tertentu. -Kedahnews.com