KUCHING - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PRK) Nurul Izzah Anwar tidak dibenar memasuki Sarawak.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang berlepas ke Miri pada awal pagi Isnin dihalang pegawai Imigresen ketika tiba di lapangan terbang tersebut.
Sama seperti beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ini, Nurul Izzah turut menerima surat yang ditandatangani Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sarawak Ronnie William Matakim yang memaklum beliau ditolak untuk memasuki negeri itu.
Dalam satu kenyataan di Twitternya pada Isnin, Nurul Izzah memberitahu terkejut apabila dihantar pulang.
Ibunya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibenarkan untuk memasuki negeri itu untuk lawatan terhad pada Ahad walaupun sebelum ini berada dalam senarai mereka yang dilarang.
Wan Azizah perlu meninggalkan negeri itu pada 5 Mei ini.
Sumber: mStar