Operasi JPN Di Hospital Sultanah Bahiyah Ditamatkan

PUTRAJAYA - Pengoperasian cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah ditamatkan mulai kelmarin.

Menurut kenyataan JPN semalam, sebarang urusan berkaitan pendaftaran kelahiran dan kematian di Alor Setar, Kedah boleh dilakukan di Ibu Pejabat JPN Kedah atau JPN Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat JPN Kedah di talian 04-7314585/ 04-7355744/ 04-7358776/ 04-7302821 atau e-mel di pppkedah@jpn.gov.my . -BERNAMA