Pakar Urut Selebriti Guna Teknik Gigit Pelanggan

Dorothy Stein
Seorang pakar urut selebriti, Dorothy Stein, 48, dari New Jersey, mempunyai teknik tersendiri untuk melayan pelanggannya iaitu dengan menggunakan teknik gigitan.

Dorothy, yang digelar sebagai Dr. Dot oleh pemuzik Frank Zappa, mempunyai ramai pelanggan terkenal kelas A.

Pelanggannya ini tidak sabar-sabar untuk mencuba kaedah gigitan tersebut yang dilakukan secara lembut dan manja.

Namun dalam melayani pelanggannya itu, ada juga di antara mereka yang mahu Dr. Dot mengurut mereka secara seksual iaitu di bahagian depan badan.


Dorothy mula mempelajari kaedah berkenaan ketika berusia lima tahun selepas mendapat galakan daripada ibunya.

“Ibu saya telah meminta saya mengurutnya ketika saya berusia lima tahun dan disebabkan tangan saya tidak kuat maka dia meminta saya menggigitnya sahaja, dan inilah yang saya lakukan,” katanya.

Disebabkan kebolehannya itu juga, Dorothy berpeluang menonton konsert artis terkenal secara percuma apabila dia menawarkan perkhidmatannya dengan percuma.

Setakat ini dia telah menonton lebih 3,000 konsert secara percuma. -Kedahnews.com