Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir |
IPOH – Paras air di Kolam Takungan Bukit Merah di Taiping terus menunjukkan peningkatan dengan paras semasa pada 6.33 meter, namun ia masih berada pada tahap kritikal ketiga.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kenaikan paras air itu antaranya disebabkan hujan di beberapa kawasan tadahan iaitu di Sungai Kurau, Kampung Sempeneh dan Bukit Merah.
“Pembenihan awan yang dijalankan mula menampakkan hasil. Kita juga sedang berusaha melakukan pendekatan lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.
Menurut Zambry, dua daripada lapan kompartmen padi di daerah Kerian iaitu di kompartmen G dan H yang melibatkan kira-kira 1,800 pesawah terjejas teruk akibat penyusutan air di kolam takungan tersebut.
“Kawasan ini perlu diberi perhatian. Kita akan beri bantuan ihsan kepada mereka tetapi dari segi kapasiti, bantuan kerajaan negeri adalah tidak mencukupi…saya harap kerajaan Persekutuan dapat membantu mereka yang terlibat,” katanya.
Mengulas lanjut, Zambry berkata masalah dialami pesawah sekitar Kerian akibat fenomena El Nino merupakan satu daripada perkara utama yang diberi tumpuan dalam program permukiman akan datang selain isu kesihatan, pendidikan serta pentadbiran.
Beliau berkata Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Saarani Mohamad telah diarah mengenal pasti masalah di kawasan berkenaan.
Zambry berkata sebanyak 121 program telah disusun atur untuk program pemukiman kali ini yang akan berlangsung selama lima hari mulai 17 Mei di sekitar Kerian.
“Walaupun pesawah di Kerian mengalami masalah, program pemukiman akan diteruskan kerana program ini bukan pesta atau berbentuk karnival sukaria,” tegas Zambry.
Beliau berkata program anjuran kerajaan negeri itu dibuat bertujuan memahami dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan berkenaan seperti yang dilaksanakan di Hulu Perak pada Februari lalu.
“Program ini adalah masa sesuai untuk wakil rakyat dan kerajaan negeri menunjukkan keprihatinan mereka dengan bersama menyelami masalah yang ditanggung penduduk di situ,” katanya.
Program pemukiman kali ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, katanya. – BERNAMA