Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan seluruh ahli dan penyokong parti itu supaya tidak terlalu terkilan dengan kekalahan kesemua calon PAS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semalam.
Presidennnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun PAS tiak berjaya memenangi sebarang kerusi di PRN Sarawak, namun parti itu berjaya daripada sudut dakwah.
“Kita telah berjaya menyemai benih dakwah Islam kepada rakyat Sarawak merentas kaum dan geografi untuk menerima dakwah Islam melalui wadah politik Islam PAS.
“Sambutan baik yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak menjanjikan masa depan dakwah yang sangat cerah untuk bumi Sarawak khasnya dan bumi Borneo amnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Abdul Hadi meminta seluruh petugas dan penyokong PAS menjadikan PRN Sarawak Ke-11 sebagai motivasi untuk meneruskan komitmen yang terbaik demi Islam. –Kedahnews.com