Melihat pada kudratnya yang masih ligat bekerja di sebuah restoran 24 jam, siapa sangka usia wanita tersebut sebenarnya sudah mencecah 92 tahun, tua setahun dari umur bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, dia yang sudah berada dalam kategori warga emas, masih lagi gigih bekerja dan belum ‘cuci tangan’ dari alam pekerjaan.
Maka tidak hairanlah, wanita bernama Goh Gwek Eng ini digelar pekerja McDonald paling tua di dunia.
Goh yang yang mempunyai 10 cucu dan 20 cicit ini dikatakan berkhidmat di sebuah cawangan McDonald di Singapura sejak 18 tahun lalu.
“Kini, semua sudah bekerja atau mempunyai keluarga masing-masing, jadi rumah menjadi sepi,” kata Goh menjelaskan sebab dia bekerja.
Pada masa yang sama, Goh mengakui rakan-rakan sekerjanya banyak membantu ketika membawa barang berat dan dia memasak kentang goreng merupakan perkara yang sukar buatnya.
“Memasak kentang goreng adalah yang paling sukar, kerana saya berasa sangat panas ketika dekat dengan dapur memasak kentang.
“Saya bercadang untuk bekerja selagi saya sihat”, kata Goh kepada Straits Times.
Difahamkan, wanita ini sudah hidup sejak zaman penaklukan Jepun. – Kedahnews.com