Vasuderan menunjukkan bengkel besi buruk yang terbakar di Kampung Padang Kulim, kelmarin. |
KULIM - Pemilik sebuah bengkel besi buruk di Kampung Padang Kulim, di sini, menanggung kerugian RM400,000 apabila premisnya musnah dalam kebakaran kira-kira jam 7 malam, kelmarin.
Bagaimanapun, dua rumah yang berada hanya satu meter dari bengkel itu bernasib baik apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat sempat memadamkan api daripada terus merebak.
Menurut seorang saksi Vasuderan, 54, ketika kejadian pemilik kilang berusia 70-an berada di dalam pejabat bersama isterinya berusia 60 tahun untuk membuat kerja-kerja yang terbengkalai.
Bagaimanapun, katanya ketika hujan renyai-renyai, secara tiba-tiba kilat bersama guruh berdentum kuat sehingga menyebabkan kebakaran bengkel tersebut.
"Pemilik bengkel nampak api di bahagian belakang tempat penyimpanan barang.
"Dia berlari keluar bersama isterinya dan menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran.
"Ada juga jiran bantu memadamkan kebakaran sebelum menunggu bomba sampai namun api semakin marak," katanya.
Malah, katanya seorang pekerja yang tinggal di situ bernasib baik apabila tiada di situ kerana ke pasar malam.
Sementara itu, Penguatkuasa Ketua Bomba II, Mohd Hafiz Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7 malam memaklumkan kejadian kebakaran di situ.
“Sebaik menerima panggilan kita bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel besi buruk yang sudah terbakar 80 peratus.
“Kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 8.37 malam daripada merebak ke bahagian lain.
"Tiada kemalangan jiwa. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian