Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan telah menggerakkan jentera partinya untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.
Semalam, Ketua Pemuda Parti Harapan Negara (PAN), Sany Hamzan yang mewakili Pakatan Harapan turut mengumumkan Pemuda PAN telah menggerakkan seluruh jenteranya untuk pilihan raya terbabit.
“Jentera PAS sudah pun bergerak memulakan tugas di medan juang P067 Sungai Besar dan P093 Kuala Kangsar,” kata Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini.
“Pemuda PAN telah pun menggerakkan jentera dari seluruh negara untuk turun dan berjuang di dua gelanggang besar ini,” kata Sany semalam.
Pengumuman pemimpin kedua-dua parti itu secara tidak langsung mengesahkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru diantara Barisan Nasional (BN), PAS dan PAN yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya terbabit.
Kenyataan itu turut memperlihatkan kegagalan usaha Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam mempergunakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memujuk PAS supaya tidak bertanding di salah satu kerusi berkenaan. – Kedahnews.com