PENGARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid yang dilaporkan hilang sejak 30 April lalu diberitakan berada dalam keadaan selamat di Miri, Sarawak.
Perkara ini dimaklumkan anak beliau, Zaheera Zaidi menerusi Facebook sebentar tadi.
“Alhaammmdulilllaaahhh berjaya dikesan di Miri, Sarawak. Keadaan stabil. Later saya akan update jika ada info. Saya pun belum dapat detail cerita sebenar. Terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya share di Facebook,” tulisnya.
Tidak lama selepas status memaklumkan penemuan bapanya, Zaheera memuat naik satu lagi status meminta agar keluarganya tidak diganggu buat masa ini.
Bersama status tersebut dia memberitahu akan memaklumkan perkembangan terkini selepas bertemu sendiri bapanya itu.
Kehilangan Zaidi menjadi viral di media sosial selepas Zaheera memuat naik satu status di Facebook semalam, memohon bantuan orang ramai mencari bapanya yang dikhuatiri hilang sejak 30 April lalu.
Zaheera mendakwa bapanya keluar dari rumah di Seksyen 4, Bangi pada jam enam petang dan memberitahu akan bermalam di Bukit Kiara.
Bagaimanapun selepas 1 Mei jam 8 pagi, Zaheera memberitahu bapanya itu tidak dapat lagi dihubungi.
Kehilangan Zaidi turut mencetus kebimbangan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi Facebook bersama pesanan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi liar mengenai kehilangan tersebut. –Kedahnews.com