Pengarah Drama "Tundukkan Playboy Itu" Meninggal Dunia

Keoi Khalid
Pengarah drama Tundukkan Playboy Itu, Keoi Khalid dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah malam semalam.

Keoi atau nama sebenarnya Khairul Amri Khalid, 44; dilaporkan rebah dalam set penggambaran kira-kira pukul 8.13 malam Rabu selepas menghadapi masalah sesak nafas.

Ketika itu Allahyarham sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Cinta 11 Syarat terbitan Global Station di Gerik, Perak.

Allahyarham kemudian disahkan telah meninggal dunia setibanya pasukan paramedik di tempat kejadian.

Jenazah allahyarham seterusnya dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan untuk dikebumikan selepas Zuhur hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhaslynda Hanafi, 44, serta tiga anak berusia lingkungan 15 tahun hingga dua tahun.

Antara drama arahannya ialah Aku Cinta Kau Seorang, Anak Lorong, Pulanglah Abah, Korban Cinta Alif Imani, Cik Bunga Encik Sombong, Dalam Iradat Mu, Raya PakPong, Villa Untuk Ibu, Dosa Seorang Suami, Kerana Dia Juga Cikgu, Seindah Anugerah, Badai Cintamu dan Ayuni Safira. –Kedahnews.com