Penjaga Gol Melaka United Disahkan Meninggal Dunia


MELAKA - Penjaga gol simpanan pasukan bola sepak Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18, disahkan meninggal dunia oleh Presiden Persatuan Melaka United Soccer Association (MUSA) di hospital swasta Jalan Bendahari, kira-kira jam 3.20 petang semalam.

Petrovski sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat disambar petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden 2016 di Padang Krubong pada 5 April lalu dan tidak menyedarkan dirinya selepas kejadian tersebut.

Mayat Marco Stefan Petrovski dibawa ke Hospital Malaka untuk dibedah siasat.

Mayat Marco Stefan Petrovski dibawa ke Hospital Malaka untuk dibedah siasat.

Ketika kejadian berlaku, pemain itu sedang menjalani latihan bersama 27 pemain lain di padang berkenaan bermula jam 4 petang sebelum hujan lebat menyebabkan latihan terpaksa ditangguhkan.

Bapanya, Marjan Petrovski dan ibunya Maria Lupang tiba di Malaysia pada 7 April lalu setelah menerima berita mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu. -Kedahnews.com