Pemilik dan penoreh getah menunjukkan resit tuntutan IPG di Pejabat Pergetah, kelmarin. |
BALING - Penoreh getah, di sini, terus mendesak Lembaga Getah Malaysia (LGM) membayar tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dibuat sejak Disember tahun lalu.
Pemilik kebun, Khalil Che Muda, 64, dari Kampung Weng Luar berkata, sebelum ini kerajaan berjanji mahu memberikan IPG apabila harga getah jatuh, namun sehingga kini tiada sebarang insentif diterima.
"Kehidupan penoreh kini semakin terhimpit disebabkan harga komoditi getah yang merudum," katanya di Pejabat Pergetah di sini, kelmarin.
Pemilik kebun, Azni Shafie, 63, dari Bukit Sebelah, berkata, perjalanan sejauh 25 kilometer (km) dari kampungnya ke pekan terpaksa ditempuh semata-mata mahu menuntut IPG setiap bulan.
Menurutnya, dia juga terpaksa menanggung malu apabila berdepan dengan pihak bank bagi menyemak bayaran masuk tuntutan IPG.
“Bila pakcik bawa buku bank mahu semak bayaran IPG, pihak bank akan maklumkan bayaran masih belum masuk.
"Setiap kali pergi bank pakcik akan terima jawapan sama, malu pakcik untuk berdepan orang bank,” katanya.
Bagi Salleh Ahmad, 58, yang merupakan seorang penoreh dari Kampung Weng Luar, berkata, bayaran IPG masih tidak diterima biarpun sudah membuat tuntutan sejak empat bulan lalu.
“Nak bayar duit belanja anak di universiti pun sukar, pendapatan saya memang sepenuhnya kepada hasil getah, bila bayaran IPG pun tidak dapat memang bermasalah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah (Pergetah), Mohd Zamri Yaacob berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pengarah negeri LGM bagi mencari jalan penyelesaian.
Bagaimanapun katanya, jawapan yang diterima ialah bayaran IPG terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
“Penoreh begitu berharap untut mendapat semula bayaran daripada tuntutan itu, malangnya sampai sekarang bayaran tersebut tidak diterima sehingga menimbulkan rasa kecewa.
“Penoreh juga sudah berputus asa, sedangkan sebelum ini ada menteri yang memberi kenyataan untuk menyelesaikan bayaran IPG dalam tempoh seminggu selepas tuntutan dibuat,” katanya.
Pengerusi Pergetah, Mohd Taufik Yaacob berkata, Pergetah bersedia untuk mengadakan himpunan aman di hadapan pejabat LGM di Sungai Petani sekiranya masalah ini masih berterusan.
Menurutnya, pihak berkenaan tidak sewajarnya membebankan pemilik kebun dan penoreh memandangkan harga getah masih berada dalam keadaan tidak stabil.
“Pergetah mempunyai butiran dan bukti lengkap jumlah sebenar mereka yang masih tidak menerima bayaran berkenaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian