Ahli Rapat bersama penduduk bergambar selepas perasmian perigi wakaf di Kampung Masjid Lama, kelmarin. |
NAKA - Simpati dengan masalah air yang dihadapi penduduk sejak berlakunya fenomena El Nino, Rangkaian Anak-anak Padang Terap (Rapat) mengambil usaha membaiki sebuah perigi lama berusia 64 tahun untuk dimanfaatkan.
Pengerusi Rapat, Mohd Rizuan Romli berkata, keluhan penduduk di Kampung Masjid Lama, di sini sudah mendapat perhatian pihaknya apabila masalah air yang berlaku menjejaskan kehidupan harian mereka di situ.
Menurutnya, pihaknya sudah membaik pulih perigi lama yang masih mampu membekalkan air kepada penduduk supaya masalah yang dihadapi mereka tidak berulang.
"Program ini salah satu objektif penubuhan Rapat bagi membantu masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah.
"Kami dah berusaha membaiki perigi sedalam 2.5 meter itu kepada 7.5 meter supaya dapat bekalkan air kepada penduduk seramai 163 keluarga itu," katanya.
Mohd Rizuan berkata, kedatangan El Nino menyebabkan kemarau dan tekanan air rendah hingga penduduk sukar mendapat bekalan air mencukupi.
"Berikutan itu, Rapat telah turun melakukan penyelenggaraan semula dengan mengindahkan lagi kawasan perigi di situ," katanya.
Katanya, walaupun perigi itu sudah terbiar hampir 20 tahun tetapi kandungan airnya masih jernih dan mampu digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.
"Kandungan air perigi itu juga tidak pernah tercemar dan selamat digunakan penduduk," katanya.
Majlis Perasmian Telaga Wakaf itu dilakukan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Ghazali Ibrahim.
“Pihak Rapat juga berterima kasih kepada beliau (setiausaha politik) yang turut menghulurkan sumbangan RM3,000 bagi membaiki semula perigi itu yang turut mendapat kerjasama daripada Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Masjid Lama itu.

“Kami juga berharap penduduk kampung ini dapat memanfaatkan dan menjaganya sebaik mungkin perigi ini supaya dapat digunakan terutamanya jika berlakunya kemarau pada masa hadapan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian