Periksa Telefon Suami, Isteri Didenda RM162,262

Gambar Hiasan
Seorang wanita yang telah memeriksa telefon suaminya selepas mengesyaki lelaki itu curang, telah dikenakan didenda sebanyak RM162,262 oleh mahkamah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Wanita itu didapati bersalah oleh mahkamah Ajman kerana menceroboh hak privasi suaminya setelah lelaki itu membuat laporan kepada polis.

Pasangan itu berusia 30-an. Wanita tersebut dilaporkan telah memeriksa mesej dan sejarah whatsapp suaminya sebelum memindahkan gambar-gambar di dalam telefon itu ke telefon miliknya.

Dia kemudiannya bersemuka dengan suaminya bersama dengan gambar-gambar terbabit dan menuduh lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.

Marah dengan keadaan itu, lelaki terbabit telah membuat aduan dengan menuduh isterinya memindahkan gambar-gambar terbabit tanpa kebenarannya.

Wanita itu yang mengaku bersalah dan dikenakan denda pada 12 Mei lalu. -Kedahnews.com