Petani Kampung Padang Kunyit memohon Mada membekalkan air di kawasan mereka. |
POKOK SENA - Petani dari Kampung Padang Kunyit, Mukim Telaga Mas merayu kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) supaya dapat membekalkan air ke sawah mereka.
Difahamkan aktiviti tanaman padi di kawasan itu sudah pun bermula sejak sekian lama tetapi sawah mereka yang berhampiran dengan tali air Mada masih belum dapat disalurkan air.
Petani Yusoff Din, 54, berkata, setiap tahun mereka terpaksa bergantung dengan air hujan untuk menanam padi dan ini menyebabkan hasil pendapatan mereka tidak menentu jika dibandingkan dengan petani yang mendapat bekalan air dari Mada.
“Petani di sini kecewa kerana selama ini mereka turut dikenakan hasil (bayaran) tali air seperti di kawasan Mada yang lain tetapi bekalan air tidak pernah disalirkan.
"Pernah beberapa kali masalah ini diadukan kepada pihak berkenaan dan tidak lama kemudian mereka hantar kakitangan untuk melakukan siasatan di kawasan ini tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya.
Katanya, tali air yang dibina kini terletak kira-kira 0.5 kilometer sahaja.
"Petani hanya mampu melihat sahaja tetapi tidak dapat dimanfaatkan.
"Oleh itu saya berharap pihak Mada dapat menyelesaikan masalah ini segera,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Zainuddin Bidin, 50, pula berkata, petani amat berharap masalah itu dapat diselesaikan.
Katanya, kawasan di Kampung Padang Kunyit sudah pun mempunyai perparitan dan hanya menunggu air disalirkan sahaja untuk dibekalkan kepada petani.
“Kawasan Kampung Banggol Chengal sudah dipasang paip dan petani di situ menikmati saliran air yang sempurna.
“Kejayaan itu memberi semangat lagi kepada petani untuk meneruskan tanaman padi di kawasan itu. Berbanding petani di sini, sawah mulai ditinggal oleh pemiliknya kerana ketiadaan saliran air.
"Kita mohon Mada ambil tindakan segera agar aktiviti pertanian ini dapat dirancakkan lagi," katanya.
Sumber: Sinar Harian