BERNAMA – Syarikat minyak nasional, Petronas, menafikan berita ia sedang mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari Rusia bagi penjualan aset dan pegangan.
“Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas belum dan pada masa ini tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari Rusia bagi tujuan yang dinyatakan di atas,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Petronas berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa laporan akhbar baru-baru ini dari Rusia mengenai perbincangan yang bertujuan bagi pelupusan ‘aset’ dan ‘pegangan’ tertentu Petronas. – BERNAMA