KUNSHAN - Iskandar Zulkarnain Zainuddin meraikan aksi pertama kalinya di Piala Thomas apabila Malaysia berjaya merangkul kemenangan 5-0 ke atas Jerman di Pusat Sukan Kunshan, Isnin.
Dengan kemenangan kedua dalam selepas menewaskan England 4-1 dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan C pada Ahad, Malaysia kini sudah menempah slot suku akhir.
Pemain nombor 2 dunia Datuk Lee Chong Wei memungut mata pertama dengan menewaskan Kai Schaeffer 21-19, 21-15 dalam acara perseorangan pertama.
Pasangan beregu pertama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong kemudian menjadikan kedudukan 2-0 dengan menewaskan Richard Domke-Fabian Holzer 21-12, 21-11.
Bermain sebagai perseorangan kedua, Iskandar, pemain ranking ke-36 dunia tampil tidak mengecewakan. Beliau hanya mengambil masa 32 minit untuk mengenepikan Lars Schaenzler 21-7, 21-16.
Pada Ahad, Iskandar direhatkan sebagai strategi pasukan serta mahu menilai prestasi Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat.
Iskandar, yang berusia 24 tahun itu tidak menyertai pasukan Piala Thomas negara dua tahun lalu di New Delhi di mana Malaysia muncul sebagai naib juara.
Sekarang, Iskandar nampaknya lebih bersedia untuk menjadi pemain perseorangan nombor 2 negara apabila Malaysia berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Selasa.
Soon Huat, pemain perseorangan ketiga berkemungkinan besar tidak akan bertanding. Beliau terpaksa berkerja keras ketika menentang England pada Ahad, untuk menewaskan Alex Lane 21-15, 19-21, 21-13.
Iskandar teruja untuk meneruskan perlawanan seterusnya.
"Perlawanan menentang Korea Selatan akan menentukan siapa yang menang peringkat kumpulan. Objektif kami adalah untuk menjadi juara kumpulan. Saya bersedia jika dipanggil.
"Saya melihat pemain senior seperti Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Saya tidak mahu mengecewakan mereka," kata Iskandar.
Kien Keat-Boon Heong, yang tewas dalam perlawanan pembukaan Malaysia menentang England pada Ahad, menewaskan Mark Lamsfuss-Josche Zurwonne 21-15, 21-10 pada Isnin.
Wei Feng melengkapkan kemenangan dengan 21-9, 21-18 ke atas David Peng.
"Keputusan esok adalah penting. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan Malaysia mata pertama," ikrar kapten Malaysia, Chong Wei.
Di New Delhi, Malaysia juga berdepan dengan Korea Selatan pada peringkat kumpulan. Malaysia menang 3-2 untuk muncul juara kumpulan. Malaysia berjaya ke peringkat akhir sebelum tewas 2-3 kepada Jepun.
Sumber: mStar