Pemain bola sepak kesayangan Kedah, Sandro Da Silva dilapor berangkat pulang ke negara asalnya Brazil walaupun pasukan Lang Merah masih mempunyai baki dua perlawanan sebelum Liga Super berehat pada jendela pemindahan pemain pada Jun ini.
Pemain tengah Kedah itu telah meninggalkan Alor Setar semalam untuk pulang ke negaranya bagi mendapatkan rawatan gara-gara mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang.
Sandro walau bagaimanapun menegaskan bahawa dia akan pulang semula ke bumi Jelapang Padi pada Julai ini untuk membantu Kedah mengharungi pusingan kedua Liga Super nanti.
"Saya akan pulang ke Brazil pada Khamis. Saya perlu merawat kecederaan tulang belakang ini secepat mungkin sebelum pulang semual ke Aor Setar pada Julai ini," katanya.
Menurut pemain yang membantu Kedah menjuarai Liga Perdana musim lalu itu, kecederaan tulang belakang yang dialaminya ketika bertemu Sarawak dalam saingan Liga Super sebelum ini semakin merebak ke pangkal pahanya.
"Saya tidak dapat menahan kesakitan tulang belakang yang semakin merebak. Saya perlu pulang ke Fortaleza, Brazil dan bertemu dengan doktor pakar peribadi untuk rawatan lanjut.
"Saya akan lakukan apa sahaja yang mampu untuk kembali pulih dan segera pulang ke Alor Setar untuk bersama pasukan Kedah," jelasnya, memetik mStar.
Mengulas lebih lanjut, Sandro menjelaskan bahawa ketika mengalami kecederaan tulang belakang sebelum ini, doktor pasukan Kedah memberi nasihat supaya dia berehat sehingga pulih sepenuhnya sebelum kembali ke atas padang.
"Tetapi saya hanya makan ubat penahan sakit dan mengambil suntikan supaya dapat bermain semula dan membantu Kedah mendapatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan penting sebelum ini.
"Kerana kedegilan itu, kecederaan ini merebak dan menyukarkan pergerakan saya.
"Bagaimanapun saya yakin pembedahan dan perubatan terbaik di Brazil mampu memulihkan kecederaan ini untuk saya beraksi seperti biasa bersama rakan sepasukan," jelasnya lagi.
Jelasnya yang berusia 33 tahun, kecederaan sama pernah dialami enam tahun lalu namun selepas melakukan pembedahan di Brazil kesakitan itu telah pulih sepenuhnya.
"Saya sedar ramai penyokong Kedah kecewa kerana saya tidak beraksi pada dua perlawanan lalu, tetapi ketika bertemu JDT (Johor Darul Ta'zim) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Larkin saya telah rasa kesakitan yang perit.
"Sebab itu jugalah saya terpaksa menarik diri daripada terus berjuang demi Kedah dan seluruh penyokong.
"Kedah adalah pasukan terakhir yang saya mahu wakili sehingga bersara selepas memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional sejak 17 tahun lalu di Brazil.
"Saya amat menghargai segala sokongan penyokong sejak mewakili Kedah pada April tahun lalu sehingga kami menjuarai Liga Perdana.
"Malah, saya juga perlu membalas budi baik Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang banyak membantu saya dan keluarga selama ini dengan memberikan layan terbaik," ujarnya sambil berdoa dapat menyarung kembali jersi hijau kuning selepas ini. -Kedahnews.com