Shariff (duduk, tengah) dan Abdul Halim (dua, kanan) menunjukkan sijil nikah palsu pada sidang media, kelmarin. |
KUALA KEDAH - Percintaan pasangan teruna dan dara khususnya warga asing untuk mengakhirinya dengan pernikahan seolah-olah menjadi satu peristiwa ngeri apabila diperdaya sekumpulan sindiket yang cuba mengambil kesempatan dalam pengurusan pernikahan mereka.
Selain bergerak atas nama sebuah persatuan yang berdaftar, sindiket itu juga dipercayai menawarkan bayaran serendah RM800 hingga RM1,000 dan ke atas untuk menguruskan proses pernikahan pasangan berkenaan tanpa perlu pulang ke negara asal.
Persatuan yang mempunyai keahlian seramai lebih 400 orang itu juga dikatakan mencetak dan menggunakan kepala surat borang perkahwinan kononnya dikeluarkan oleh pihak jabatan agama di Myanmar.
Perkara itu didedahkan oleh seorang kakitangan di sebuah pejabat agama daerah di Kedah setelah mengakui tidak sanggup melihat kemungkaran yang sedang berlaku dalam pejabat agama berkenaan.
Walaupun persatuan itu berdaftar, namun mereka dipercayai cuba mengambil kesempatan terhadap pasangan warga asing yang buta huruf dan mudah dipengaruhi itu dengan menjanjikan proses pernikahan yang sempurna di negara ini.
Menyedari kejadian itu, Jawatankuasa Bertindak Cegah Kemungkaran Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah tampil menyuarakan bantahan dan menggesa supaya tindakan tegas dibuat terhadap pihak berkenaan.
Pengerusinya, Mohamad Shariff Nawab berkata, sindiket itu cuba bergerak atas nama persatuan untuk mengaburi pandangan orang ramai dan pihak berkuasa berhubung aktiviti yang mereka lakukan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terima maklumat bahawa ada sekumpulan sindiket yang bertindak menubuhkan satu persatuan untuk menjalankan aktiviti pengurusan pernikahan pasangan warga asing dengan bantuan pihak tertentu di pejabat agama daerah.
“Mereka mencetak dan menggunakan borang perkahwinan dengan kepala surat ‘Islamic Religious Affairs Council Union Of Myanmar’, sedangkan perkahwinan itu hanya berlaku di sekitar negeri ini,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan ahli persatuan itu juga terdiri daripada warga asing yang mempunyai kad pengenalan dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM124, yuran tahunan RM22 dan khairat kematian RM70.
“Selepas selesai pernikahan dijalankan oleh sindiket, pasangan itu akan disahkan oleh pihak tertentu di negeri ini tanpa perlu mendapatkan pengesahan di Mahkamah Syariah.
“Saya melihat begitu banyak kecacatan dan keraguan pada sijil nikah tersebut, misalnya tandatangan wali dan saksi itu juga kelihatan seolah sama,” katanya.
Mohamad Shariff berkata, lebih mengejutkan apabila terdapat pasangan yang berasal dan beralamat di Perlis, tapi sijil nikah mereka dikeluarkan pejabat agama daerah di Kedah.
“Ada juga sijil nikah mencatatkan pernikahan itu berlaku pada 15 Jun 1998, tapi ia hanya disahkan pada 2014. Persoalannya kenapa ia mengambil masa yang begitu lama?
“Tidak cukup dengan itu, ada juga siri nombor permohonan nikah pasangan bertindih dengan pasangan lain. Bermakna terdapat dua nombor sama untuk pasangan berlainan,” katanya.
Jelasnya, mustahil sindiket tersebut mampu melakukan kegiatan itu tanpa mendapat kerjasama mahupun maklumat sulit daripada pihak tertentu di pejabat agama daerah berkenaan.
“Saya difahamkan, beberapa dokumen penting yang boleh digunakan sebagai bukti dan bahan untuk mendakwa mereka yang berkenaan juga telah dimusnahkan oleh pihak tertentu. Ini yang sedang berlaku dalam pejabat agama berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 4 Mei lalu supaya satu siasatan menyeluruh dapat diadakan terhadap sindiket berkenaan.
Timbalan Pengerusi Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Abdul Halim Hamid berkata, beliau amat mengesali perkara itu kerana boleh menjejaskan kesucian dan institusi agama Islam.
“Saya harap pihak berkenaan dapat ambil perhatian dan tindakan sewajarnya supaya ia tidak menyusahkan mana-mana pihak.
“Perkara ini kalau tak diperjelaskan, kita khuatir akan menjadi kesulitan suatu hari nanti. Kita nak selesaikan masalah yang ALLAH larang supaya ia tidak berulang,” katanya.
Sementara itu, Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid belum menerima maklumat berhubung perkara itu.
“Walaupun mereka nikah 20 atau 30 tahun sekalipun, masih boleh dikeluarkan sijil nikah dengan alasan tak boleh balik ke negara asal sebab negara mereka sedang bergolak dan merbahaya.
“Tapi dalam kes ini saya belum dapat maklumat sebenar. Saya akan minta pihak Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk siasat perkara ini secepat mungkin,” katanya.
Sumber: Sinar Harian