Gambar Hiasan |
BALING - Kejadian ribut yang merosakkan 36 rumah di beberapa kampung di Kuala Ketil dekat sini, petang kelmarin menyebabkan seorang lelaki warga emas trauma setelah rumahnya rosak sekelip mata.
Rosmita Idris, 42, berkata, ayahnya, Idris Mustafa, 76, terlalu sedih dengan kejadian pada 5.30 itu, apabila bumbung sebahagian rumah mereka di Kampung Binjul Luar di sini, diterbangkan angin.
Beliau berkata ayahnya yang tinggal berdua dengan ibunya, Jama Jusoh, 71, membina buat sendiri rumah tersebut dengan hasil titik peluhnya bekerja sebagai penoreh getah.
"Saya kebetulan melawat mereka di sini. Semasa kejadian, saya berada di dalam rumah dan tiba-tiba bunyi hujan lebat dan angin kencang menerbangkan bumbung rumah di bahagian ruang tamu dan bahagian bilik air dengan sekelip mata sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya kelmarin.
Sementara itu, seorang lagi mangsa Mohd Husin Yaakob, 53, berkata kereta Proton Saga dan Perodua Alza miliknya rosak teruk akibat dihempap pokok Macang.
"Semasa saya sampai rumah, waktu itu hujan lebat dan angin kencang, tidak sampai beberapa minit saya terdengar bunyi kuat, dan saya dapati pokok telah menghempap kereta saya," katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata sehingga hari ini, 36 rumah rosak dari beberapa kampung iaitu Kampung Binjul Luar, Kampung Thye Seng, Kampung Thye Seng dan Kampung Pantai Cicar.
"Kita juga akan memberikan bantuan awal setelah kerja-kerja perincian kerosakan selesai dibuat," katanya yang melakukan tinjauan ke kampung terjejas akibat ribut hari ini. - Bernama