"Romance Scam": 2 Individu Termasuk Warga Nigeria Diberkas

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan dua individu termasuk seorang warga Nigeria dari kumpulan 'Romance Scam' di Damansara Damai, semalam.

Tangkapan itu turut telah disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataan beliau di laman Twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata, dengan penahanan dua individu berkenaan, PDRM telah berjaya menyelesaikan 14 kes membabitkan kes tersebut.

Kata lagi, tangkapan telah dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJK berkenaan.

"Syabas JSJK @PDRMsia gempur Kumpulan Romance Scam di Damansara Damai semalam dan tangkap dua orang (satu warga Nigeria), selesaikan 14 ke #GoPDRMGo," katanya. -Kedahnews.com