Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke |
Mungkin "terpukul" dengan sokongan Kerajaan BN terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 berhubung hukum hudud oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, DAP mula menunjukkan 'taring'nya.
Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya percaya bahawa PAS telah berputus asa bagi memikat sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti.
"Mereka (PAS) percaya bahawa mereka boleh menang pilihan raya kecil ini dengan hanya undi Melayu," katanya di lobi Parlimen semalam, membayangkan PAS akan kehilangan undi dari golongan bukan Islam berbangsa Melayu dengan pembentangan RUU tersebut.
Memetik Malaysiakini, Loke mendakwa pembentangan RUU berkenaan hudud itu akan memberi kesan kepada parti itu di dua PRK yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun ini dan PAS akan kehilangan undi dari pengundi bukan Melayu.
Abdul Hadi bagaimanapun berjaya membentang RUU tersebut dengan sokongan pihak kerajaan dan akan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang yang dijangka berlangsung pada Oktober nanti.
DAP dan PKR difahamkan tetap dengan pendirian membantah pembentangan RUU berkenaan hudud itu berbanding pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menerima baik dan sudi bekerjasama dengan PAS untuk menjayakan agenda berkenaan.
Pendekatan Najib itu mencetus sejarah apabila RUU berkenaan telah berkali-kali ditolak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir sebelum ini mendakwa penolakan beliau adalah berdasarkan draf hudud yang dicadangkan PAS itu tidak adil, namun langsung tidak memberikan kerjasama untuk sama-sama mengkaji bagi menjayakan hukum Allah tersebut. -Kedahnews.com