Sazali Samad |
BATU PAHAT – “Kalau tak tengok besi sehari tak boleh, kerana sukan bina badan sudah sebati dalam diri saya,” demikian luah jaguh bina badan negara, Sazali Samad, yang berkecimpung dalam sukan itu sejak berumur 25 tahun.
Walaupun berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun bermula 22 Sept tahun lepas selepas didapati positif ujian doping, anak jati Batu Pahat itu tidak putus asa dan terus menjalankan latihan rutin harian secara peribadi bagi menjaga stamina dan otot badanya.
Sazali, 48, terpaksa akur dengan hukuman tersebut selepas Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) mengeluarkan keputusan positif bahawa beliau mengambil makanan tambahan mengandungi bahan terlarang pada ujian doping, 1 September tahun lepas sebelum kontinjen negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia Ke-49, dari 29 Sept hingga 5 Okt 2015.
“Saya anggap semua ini adalah ujian daripada tuhan dan saya akur dengan apa yang berlaku, namun, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berada dalam sukan bina badan,” katanya yang ditemui pemberita baru-baru ini.
Juara ‘Mr Universe’ sebanyak 10 kali itu berkata disebabkan pergantungan tersebut, beliau kini tidak lagi menerima elaun atlet, bantuan makanan tambahan
dari Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun khidmat bantuan sains sukan dari Institut Sukan Negara (ISN).
Sazali berkata beliau tidak bercadang untuk bersara dari arena sukan bina badan walau pun terpaksa menjalani tempoh penggantungan yang agak panjang.
“Selepas empat tahun nanti, umur saya pada masa itu sudah mencecah 53 tahun tetapi ia bukan halangan untuk saya terus menyumbang kepada negara kerana ramai atlet bina badan berumur lingkungan 60-an dari negara timur tengah masih mampu menjaga otot badan mereka dengan baik,” katanya.
Menurut Sazali, beliau ada bercadang untuk membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland, namun, ia bukan dilakukan dalam masa terdekat kerana ingin memberi fokus kepada perkara lain terlebih dahulu selain tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
Katanya, beliau kini berkhidmat sebagai warden dengan MSN dan amat berterima kasih kepada badan induk pentadbir sukan negara itu.
“Bila ada masa terluang, saya masih mendisiplinkan diri mengangkat besi dalam masa empat jam sehari bagi menjaga otot badan,” katanya.
Sazali berkata, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat sukan bina badan kerana masih memberi kata semangat kepadanya setiap kali bertemu.
“Mereka akan tanya saya bila hendak bertanding lagi dan mereka juga masih ingin bergambar dengan saya walaupun mereka tahu saya digantung selama empat tahun sebagai atlet kebangsaan. Saya rasa terharu dengan sokongan moral yang diberikan oleh semua peminat,” katanya.
Sebagai rekod, Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) serta Mumbai, India (2014). – BERNAMA