"Saya Tak Reti Masak, Tapi Pandai Puaskan Nafsu.."


REMAJA perempuan Malaysia masa kini nampaknya sudah menyimpang jauh dari akhlak yang diajar agama Islam, mahupun dari adat-adat ketimuran dan mungkin telah hilang nilai-nilai kesopanan.

Buktinya, seorang gadis remaja telah memuat naik "berani mati" dengan membuat pengakuan pandai memuaskan nafsu.

Status yang dimuat naik remaja berkenaan yang dikenali sebagai ‘Fy’, menerusi aplikasi WeChat mengundang rasa jelik ramai.

“Wahai ibu mentuaku, saya nak cakap saya ni tidaklah pandai masak, tetapi setakat memuaskan nafsu anak mak, insyallah saya pandai, “ tulisnya.

Meskipun, status berkenaan berbunyi gurauan, namun mengungkapkan kata-kata lucah tanpa merasa segan silu di tempat khalayak ramai bukan sesuatu yang boleh diterima.

Lebih menjengkelkan, status berkenaan ditujukan kepada bakal ibu mertuanya dan ia sangat biadap dari sudut pandangan umum.

Tambahan pula, difahamkan bahawa usia remaja ini baru belasan tahun dan masih bersekolah.

Kenyataan Fy ni juga jelas menunjukkan pemikirannya yang kotor dan dangkal.

Akhir sekali, pesanan kami kepada adik Fy, bawa-bawalah bertaubat dan belajar rajin-rajin kerana dunia ini bukan semata-mata hanya kerana seks. –Kedahnews.com