Seluar Dalam "Pink" Jadi Bahan Bukti Kes Cerai Julia Perez

Julia Perez
Seluar dalam wanita antara bahan bukti dalam perbicaraan prosiding kes penceraian pelakon seksi Indonesia, Julia Perez yang berlangsung baru-baru ini.

Dua helai seluar dalam berwarna merah jambu dan ungu itu didakwa Jupe, milik wanita simpanan suaminya, pemain bola sepak dari Argentina, Gaston Castano.

Saat bahagia Jupe dan Gaston.
Jupe mengetahui kecurangan suaminya selepas menemui dua helai seluar dalam wanita tersebut dalam bakul pakaian kotor Gaston di rumah singgah mereka di Bandung.

Jupe meminta diceraikan selepas mendapat tahu perkhabaran bahawa suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.

Dalam keterangannya sebelum ini juga, Jupe mengakui melihat sendiri kecurangan suaminya dengan wanita lain di kediaman mereka.

“Saya melihat sendiri kecurangan itu. Kejadian berlaku di Bandung, sudah lama,” ujar pemilik nama penuh Yuli Rachmawati itu.

Jupe yang menetap di Jakarta berkahwin dengan Gaston pada 2013.

Ini merupakan penceraian kedua buat Jupe yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Damien Perez pada tahun 2002 sebelum bercerai tujuh tahun kemudiannya. –Kedahnews.com