Di sebuah perkampungan terpencil di Draginovo, Bulgaria, pengantin perempuan kembali kepada tradisi lama dengan membuat ‘gelina’ atau lukisan muka sebagai menandakan peralihan ke alam perkahwinan.
Emilia Pechinkova, 24, bakal pengantin yang menghidupkan kembali budaya etnik Slavic yang beragama Islam itu.
Etnik Slavic satu kelompok masyarakat yang dipanggil sebagai Pomak di Bulgaria.
Ketika negara itu di bawah pemerintahan komunis, upacara tradisi perkahwinan Pomak dilarang daripada diamalkan.
Untuk mengembalikan adat resam nenek moyang mereka, Emilia dan tunangnya, Tsanko Pechinkova meraikan cinta mereka dalam satu majlis perkahwinan tradisional Pomak yang berlangsung selama tiga hari.
Jurugambar Nikolay Doychinov mengambil kesempatan merakam hari bahagia pasangan itu dalam majlis yang diadakan pada 22 dan 23 April lalu.
Ketika membuat gelina, wajah pengantin perempuan dicat dengan krim kosmetik tebal dipanggil belilo.
Pakar solekan mengambil dua jam untuk memakaikan krim berkenaan dan menghiasinya dengan manik yang disusun dengan corak bunga.
Solekan itu diakhiri dengan memakaikan gincu dan menggelapkan kening pengantin.
Dalam budaya Pomak, lukisan muka itu simbol kesucian pengantin perempuan.
Untuk mengekalkan solekan itu sepanjang majlis berlangsung, pengantin perempuan lazimnya hanya berdiam diri.
Selepas imam membawakan doa, Emilia bersama keluarganya keluar dari rumah dan berjalan menuju ke rumah bakal suaminya, di mana bakal suaminya menanggalkan solekan itu.
Ketika Bulgaria menjadi sebahagian Kesatuan Soviet, budaya dan masyarakat Pomak sering menjadi mangsa penindasan.
Rejim itu cuba memaksa penganut Islam menyesuaikan diri dengan tradisi penduduk majoriti di negara berkenaan yang beragama Kristian Ortodoks.
Ketika itu, upacara perkahwinan Pomak diharamkan dan hanya dihidupkan semula selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.
Kini, Islam agama minoriti terbesar Bulgaria merangkumi lapan peratus populasi negara itu.
Sumber: myMetro