DINASTI Ming antara era pemerintahan terkenal China, disebabkan itu penulis tertarik pada replika kapal Dinasti Ming diletakkan di pekarangan Muzium Padi di Kota Setar.
Malah, mata terpaku tatkala berjalan melintasi bahan pameran, misalnya buku daftar banduan dipamerkan, yang mana setiap satunya mengandungi 1,001 cerita dan sejarah.
Tanpa perlu pergi jauh merentasi lautan, ataupun melangkaui awan, pengunjung masih dapat menyaksikan koleksi unik, seperti artifak, kereta kebal, lukisan, basikal tua dan kraf tangan itu.
Koleksi unik sedemikian antara sebahagian dari bahan pameran membabitkan 23 muzium di Malaysia, manakala satu dari Thailand bersempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2016 bermula dari 16 Mei hingga hari ini.
Kukur kelapa menyerupai badan manusia
Pegawai Perhubungan Awam Songkhla Folklore Museum, Nongluck Kongseng, 26, berkata, institusi mereka terkenal dengan koleksi kukur kelapa.
“Kira-kira 300 koleksi kukur kelapa pelbagai rekaan dan motif antara keunikan dari 30 bilik pameran di institusi kami yang terletak di Pulau Koh Yor, Thailand.
“Untuk itu, pihak kami membawa beberapa koleksi unik kukur kelapa digunakan masyarakat Thai Selatan untuk dipamerkan kepada pengunjung,” katanya.
Kata Nongluck, cara hidup masyarakat Thai Selatan yang menggunakan kukur kelapa sedemikian, seakan-akan hampir sama budaya diamalkan masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, mereka menghasilkan reka bentuk kukur kelapa yang pelbagai, termasuklah memiliki ciri-ciri humor ataupun berunsurkan kecantikan.
“Misalnya, sebuah kukur kelapa berusia lebih 50 tahun dihasilkan menyerupai bahagian tubuh manusia, dipercayai satu-satunya di Thailand, dan mungkin di dunia.
“Rekaan kukur kelapa berbentuk bahagian badan manusia, haiwan ataupun motif ukiran sedemikian dihasilkan untuk menarik perhatian ramai," ujarnya.
Peluang lihat artifak ratusan tahun
Menurut pembantu Muzium Nelayan Tanjung Balau, Johor, Rossyah Ahmad, 32, orang awam berpeluang melihat artifak dianggarkan berusia ratusan tahun yang ditemui di pesisir Tanjung Balau.
Kata Rossyah, artifak terdiri dari peralatan seperti tempayan, pinggan dan mangkuk berkenaan dipercayai dari sebuah kapal dagang China yang karam sekitar tahun 1840.
“Kapal berkenaan membawa muatan barangan berkenaan dipercayai untuk didagang kepada orang Melayu sebelum karam hampir 200 tahun lepas.
“Kapal berkenaan dipercayai karam disebabkan ombak kuat ataupun diserang lanun, sebelum penemuan menakjubkan itu ditemui sekitar tahun 2001," katanya.
Malah, katanya, mereka turut mempamerkan beberapa bahan sejarah lain, seperti glob, lampu kapal, pelampung dan kompas, yang semuanya diperbuat daripada tembaga dan digunakan satu abad lepas.
Antara tarikan lain dari muzium yang mempaparkan kehidupan nelayan itu, termasuklah replika kapal Queen Elizabeth II dan Black Pearl dari filem Pirates of Caribbean.
Penjara Pudu kekal dalam ingatan
Lebih menarik, pameran Penjara Pudu dari Muzium Penjara Malaysia, Melaka, dengan koleksi senjata, lukisan, batu binaan penjara mahupun dokumen daftar banduan.
Penjara Pudu berusia lebih 100 tahun yang dibina pada 1895 di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dihuni banyak penjenayah mengemparkan negara sudah diroboh, namun ia kekal dalam ingatan.
Penolong Penguasa Penjara KX 27, Inspektor Mohd Khairul Azha Yem, pihaknya membawa penceritaan kehidupan penghuni untuk dilihat dan dirasai sendiri pengunjung.
Beliau berkata, pengunjung diberi kebenaran merasai pengalaman tinggal dalam contoh sel menempatkan penghuni di Penjara Pudu, malah berpeluang bergambar di ruang yang disediakan.
Telefon pertama diguna pada 1925
Kurator Muzium Telekomunikasi, Ida Ibrahim berkata, beberapa pengunjung warga emas dilihat teruja melihat telefon awam pertama dan paling lama digunakan mereka, iaitu AB Collection Box Black.
Katanya, telefon buatan England itu digunakan bermula pada 1925 untuk kemudahan penduduk berkomunikasi, malah masih digunakan di tempat terpencil sehingga tahun 1970.
“Selepas itu, kemudahan telefon awam melalui perubahan sehinggalah dihasilkan sendiri Jabatan Telekom Malaysia dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM).
“Ada juga telefon awam direka khas untuk premis, seperti hotel dan kedai seperti dalam filem lakonan Tan Sri P Ramlee, malah ada yang perlu guna kad telefon,” jelasnya.
Ida berkata, walaupun kini masyarakat tidak lagi menggunakan kad telefon untuk berhubung, namun koleksi berkenaan wajar dikumpulkan kerana memiliki nilai tersendiri.
“Kad telefon edisi terhad seperti kumpulan KRU dan Sukan Komanwel 1998, ataupun edisi biasa merupakan koleksi berharga masih boleh dimanfaat generasi kini," katanya.
Sumber: Sinar Harian