Gunung Berapi Sinabung |
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memantau tahap kualiti udara negara ekoran letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata ini berikutan asap dan debu daripada letusan itu berkemungkinan mengakibatkan pencemaran udara, seperti yang pernah berlaku ketika letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina pada 1991.
"Stesen pemantau zarah terampai 10 mikron (PM10) kita masih berjalan seperti biasa.
"Jadi kita sedang melihat perkembangannya, kalau ia menunjukkan ada peningkatan zarah terampai, maknanya ada pencemaran berlaku dan saya akan buat keputusan untuk beri maklumat kepada umum menerusi laman sesawang kementerian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, Isnin.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung dijangka tidak memberi kesan kepada Malaysia berikutan keadaan angin di negara ini bertiup dari arah barat laut.
Bagaimanapun, Madius berkata keadaan angin dijangka berubah bertiup dari arah barat daya mulai hari ini.
Enam orang disahkan maut setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak Sabtu (21 Mei). - Bernama