Tandatangan palsu pada sijil nikah palsu. |
ALOR SETAR - Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Alauddin Abu Bakar tampil membuat laporan polis susulan pemalsuan tandatangan miliknya yang dieksploitasi sindiket pernikahan yang mengeluarkan sijil nikah palsu.
Tindakan itu dilakukan untuk membersihkan namanya yang tercalar sejak beberapa tahun lalu apabila dikaitkan dengan pengeluaran sijil nikah palsu yang dikatakan mudah dilaksanakan dan boleh diperoleh sebelum akad nikah.
“Sekiranya individu yang menggunakan tandatangan saya diberkas, dia boleh didakwa atas kesalahan memalsukan tandatangan saya.
"Namun saya serahkan perkara ini kepada polis yang kini sedang menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, beliau sendiri sudah meneliti tandatangan yang dikatakan miliknya itu pada sijil nikah palsu berkenaan dan mendapati terdapat sedikit perbezaan walaupun hampir sama.
“Buat masa ini, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menunggu hasil siasatan, bukan berdiam diri kerana kita ikut prosedur perundangan,” katanya.
Syeikh Alauddin berkata, sejak perkara itu dibangkitkan beberapa tahun lalu, tiga laporan polis sudah dibuat berhubung sijil nikah palsu manakala satu laporan polis berkaitan pemalsuan tandatangannya.
“Pihak yang mempunyai maklumat berkaitan sindiket mahupun pasangan yang bernikah menggunakan khidmat sindiket hendaklah tampil salurkan maklumat kepada jabatan agama berdekatan agar polis dapat membuat tindakan susulan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan pasangan yang berhasrat berkahwin agar tidak menggunakan khidmat sindiket walaupun harga ditawarkan rendah kerana risikonya lebih besar di kemudian hari.
“Janganlah tertipu dengan tawaran menarik sindiket sebaliknya hadir ke pejabat agama untuk selesaikan permasalahan berbangkit,” katanya.
Sebelum ini, sindiket terbabit yang dipercayai aktif sejak 2009 hanya mengenakan bayaran sekurangnya RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan memberangsangkan daripada individu dari luar Kedah bagi tujuan berpoligami secara rahsia tanpa melalui sistem perundangan.
Terbaharu, pasangan yang bernikah di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) gara-gara sijil perkahwinan yang dikeluarkan di sebuah negeri di Utara meragukan dan disyaki terlibat sindiket nikah yang mengeluarkan sijil nikah palsu di mana tertera tandatangan seorang pegawai agama di Kedah.
Sumber: Sinar Harian