Kevin Richardson dan singa-singa yang berjaya dijinakkan |
Keintiman antara seekor singa Afrika dengan ‘penjinak singa’ terkenal, Kevin Richardson diabadikan dalam kempen iklan Mercedes-Benz yang cukup istimewa.
Aksi haiwan itu yang memanjat ke atas bonet sebuah SUV Mercedes dan kedua mereka ‘bergusti’ di kawasan perlindungan hidupan liar di Pretoria, Afrika Selatan, didirakam dalam beberapa siri imej santai yang menarik.
Tetapi, gambar yang dirakam oleh jurugambar Adrian Steirn, memberi mesej yang cukup mendalam imej untuk meningkatkan kesedaran mengenai nasib haiwan di Afrika.
Mesej oleh Steirn dan Richardson disampaikan dalam sekeping gambar bersama mesej konservatif : “Legasi apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang?”
Satu imej di antara imej yang dirakam menunjukkan Richardson tanpa kekok ‘bergusti’ dengan dua singa dewasa.
Imej lain menunjukkan haiwan itu memeriksa unggun api dan merayau di atas sebuah Mercedes.
“Mendengar kenderaan dua tan berderak dan bergerak serta melihat kesan lekuk yang ditinggalkan oleh singa pada kereta adalah satu pengalaman yang menarik,” kata jurugambar berusia 36 tahun itu.
“Sangat sukar mempercayai dengan melihat saiz kaki mereka dan bagaimana dengan mudah mereka melompat ke atas kenderaan itu. Mudah seperti atlet,” tambahnya.
Sementara Richardson, seorang pemulihara, sudah membawa jutaan orang dari seluruh dunia berbincang mengenai pemuliharaan singa.
Bukan saja sebagai pengasas tempat perlindungan hidupan liar yang kini menjadi rumah kepada lebih 30 ekor singa, Richardson turut membangunkan satu ikatan yang cukup intim dengan haiwan itu.
Malah, dia menjadi terkenal kerana mampu berjalan secara bebas dengan haiwan itu.
Dia turut menghapuskan salah faham bahawa menggunakan kayu dan rantai adalah cara terbaik untuk menundukkan haiwan pemangsa itu.
Malah, dia lebih percaya kasih sayang, pemahaman dan kepercayaan adalah medium terbaik untuk mewujudkan hubungan istimewa dengan singa-singa itu.
Dia juga membentangkan dan menghasilkan beberapa dokumentari yang terperinci mengenai hubungannya dengan haiwan itu dan mengetengahkan nasib singa di dalam kurungan dan di hutan.
Steirn berkata: “Untuk mampu memahami dengan baik latar belakang Richardson dan hubungannya dengan haiwan besar itu sesuatu yang menakjubkan.
“Dia memberi sepenuh jiwa raganya kepada pemuliharaan singa. Jadi untuk dapat mempamerkan haiwan itu ke dunia kita dengan cara ini adalah peluang yang hebat.
“Singa itu tidak liar tetapi sudah biasa. Richardson seperti berada di rumah sendiri apabila di pusat pemuliharaan haiwan liar ini dengan haiwan karnivor yang cukup besar.”
Pasangan itu diberi tempoh 48 jam untuk bekerja dengan beberapa pemangsa menakjubkan dalam Welgedatch Private Game Reserve di Pretoria.
Namun, untuk mendapatkan hasil terbaik terbukti tidak mudah kerana singa-singa itu perlu serasi dengan Steirn.
Cabaran buat kedua-dua mereka adalah meletakkan singa jantan di sebelah kanan sangkar singa betina yang dikurung di belakang salah satu kereta Richardson, yang digunakan sebagai hiasan untuk mewakili kurungan.
Semasa projek itu, pasangan itu turut menghadapi cuaca buruk berdepan dengan ribut pada 24 jam pertama selepas penggambaran.
“Itu membuatkan tekanan yang sangat tinggi ke atas masa,” kata Steirn.
Bilangan singa di hutan semakin berkurangan dengan pantas, dengan bilangan terkini dianggarkan menurun ke 20,000 penurunan terbesar dengan anggaran 100,000 pada awal 1990-an.
“Mereka haiwan yang sangat besar, jadi saya perlu berhati-hati kerana kesilapan boleh berlaku dengan sekelip mata dengan singa ini,” kata Steirn.
“Saya merakam gambar singa selama hampir 20 tahun dan merakam imej mereka dalam kapasiti dan sehampir ini adalah benar-benar luar biasa.
Sumber: myMetro