Banglo milik Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, P.Pinang yang dibeli daripada Phang Li Koon. |
GEORGE TOWN - Satu keputusan telah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk menutup kes terhadap Phang Li Koon yang didakwa membuat akuan bersumpah (SD) palsu.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai keputusan itu yang dibuat kira-kira dua atau tiga hari lalu oleh Peguam Negara.
"Ia telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Susulan (NFA)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri, Rabu.
Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang kerana membuat SD palsu mengenai penjualan banglonya kepada Lim Guan Eng yang didakwa dibuat di bawah nilai pasaran.
Phang telah membuat suatu akuan berkanun bulan lalu mendakwa bahawa dia tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri.
Sumber: mStar