Skuad Uber Negara Tewas 0-5 Di Perlawanan Pertama


KUNSHAN - Skuad Piala Uber negara tewas 0-5 ketika bertemu gergasi dunia, China pada perlawanan pertama Kumpulan A di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Tee Jing Yi yang turun selaku perseorangan pertama tewas mudah 13-21, 11-21 kepada Li Xuerui.

Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula memberi saingan sengit kepada pasangan nombor tiga dunia Tang Yuanting-Yu Yang sebelum akur dengan kekalahan 11-21, 21-14, 18-21.

Pemain muda negara, Goh Jin Wei pula tidak mampu menyaingi kehebatan pemain berpengalaman Wang Yihan apabila tewas 16-21, 14-21.

Beregu kedua negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang turun selepas itu memberi memberi tentangan sengit sebelum tewas 15-21, 21-19, 11-21 kepada pasangan Tian Qing-Zhao Yunlei.

Perseorangan ketiga negara Soniia Cheah pula tewas mudah 9-21, 10-21 di tangan Sun Yu.

Sumber: myMetro