Speaker Dewan Rakyat Jadi Mangsa Fitnah Media Sosial?

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KUALA LUMPUR - Khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa konon sedang menjalani pembedahan serius disahkan palsu oleh pembantunya.

Menurut Setiausaha Akhbar II Pandikar, Ng Chu Hing, tulisan di Facebook yang disebarkan melalui WhatsApp adalah tidak benar dan semata-mata rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tidak benar, beliau okey," katanya.

Memetik The Star, Ng turut menjelaskan bahawa Pandikar kini sedang berada di Singapura bersama keluarga sempenan cuti persekolahan.

Dakwaan di Facebook itu mengatakan kononnya Speaker Dewan Rakyat itu diserang angin ahmar dan sedang menjalani kraniotomi.


Untuk rekod, pada Januari kira-kira enam tahun yang lalu dilaporkan Pandikar mengalami serangan kecil diikuti dengan pembedahan pintasan yang selamat dijalankan. -Kedahnews.com