Gambar Hiasan |
GUANGXI - Bukan satu, dua ataupun tiga, tetapi 12! Itulah apa yang dilakukan oleh seorang wanita dengan mengadakan hubungan sulit dengan 12 lelaki tanpa pengetahuan suaminya.
Namun, rahsia adegan panas wanita bersama 12 lelaki itu akhirnya terbongkar juga setelah suaminya secara tidak sengaja membuka rakaman video yang dimuat dalam telefon bimbit milik isterinya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 malam Isnin lalu berhampiran kawasan perindustrian di sini.
Ketika itu, wanita itu yang dikenali sebagai Ah Yin sedang memandikan anak perempuannya yang berusia empat tahun di bilik mandi. Manakala suami menonton televisyen di ruang tamu.
Perbuatan curang Ah Yin terbongkar setelah bunyi pesanan daripada telefon bimbitnya didengari suaminya. Ketika itu, telefon bimbit Ah Yin diletakkan di tepi kerusi yang diduduki suaminya.
Tanpa mengesyaki apa-apa, suaminya yang cuba membaca pesanan tersebut begitu terkejut apabila mendapati adanya sebuah rakaman video mengenai adegan cumbuan antara seorang lelaki dengan seorang wanita dengan durasi 15 minit.
Tetapi apa yang lebih mengejutkannya ialah wanita itu ialah isterinya sendiri. Setelah meneliti dengan lebih banyak pesanan yang ada dalam telefon bimbit itu, suami akhirnya mendapati isterinya bukan sahaja mempunyai hubungan sulit dengan lelaki itu sahaja, malahan dengan 11 lelaki yang berlainan.
Lelaki mana yang boleh menahan perasaan apabila isteri didapati melakukan curang. Tanpa memikir panjang, lelaki yang dikenali sebagai Ah Wen itu lalu mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba membunuh isterinya yang ketika itu masih bersama anaknya di bilik mandi.
Ah Yin akhirnya tahu punca suaminya mengamuk setelah didesak menceritakan apa yang dilakukan dalam rakaman video berkenaan.
Melihat perasaan suami yang begitu marah seperti orang yang sudah hilang pertimbangan, Ah Yin segera lari dari rumah dan segera membuat laporan di balai polis yang berdekatan.
Pasangan suami isteri itu kemudian bertemu semula di balai polis. Setelah dua jam berbincang, mereka akhirnya mencapai persetujuan. Mereka tidak ingin bercerai semata-mata memikirkan masa depan anak perempuan yang masih kecil.
Dengan menurunkan tanda tangan surat penyesalan, Ah Yin mohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.
Demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina mereka sejak lima tahun lalu, Ah Wen sedia memberikan peluang kepada isterinya dan mahu isterinya segera memutuskan hubungan dengan 12 lelaki itu.
Sumber: Sinar Harian