Norhayati menunjuk keadaan kaki kanan anaknya selepas menjalani rawatan di hospital yang pada mulanya hanya menghadapi masalah batuk. |
PENDANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Sukamari kecewa dengan tindakan sebuah hospital di sini, kerana cuai hingga menyebabkan anak mereka bakal mengalami kecacatan kekal sepanjang hayat.
Menurut Norhayati Md Ibrahim, 28, dan suaminya, Mohd Faizol Md Dahlan, 30, mereka kecewa dengan tindakan hospital berkenaan yang menyebabkan kaki kanan anak mereka, Muhammad Fierazs Asraf Mohd Faizal yang berusia empat bulan terpaksa dibedah berpunca dari penyakit batuk.
Pada awalnya, anak bongsu dari tiga beradik itu dikatakan mengalami batuk kronik sehingga badannya bertukar kebiruan.
Bimbang dengan masalah itu, mereka menghantarnya ke hospital tersebut pada 1 Mac lalu.
“Selepas mendapat rawatan awal, anak saya dimasukkan ke wad kanak-kanak dan pada jam 8 malam, jururawat bawa dia ke bilik khas untuk dicucuk pada kaki kanan. Pada jam 8.30 esok paginya, kelihatan kaki kanan anak saya itu mula membengkak dan menggelembung.
“Bimbang dengan kejadian itu, saya maklumkan kepada pihak hospital. Jam 1 petang mereka bawa anak saya ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditahan sehingga dua bulan apabila keluar pada 27 April lalu,” katanya.
Menurut Norhayati, dia tidak tahu rawatan yang diberi kepada anaknya semasa berada di ICU hingga menyebabkan betis kanannya berlubang dan kehitaman sehingga dibalut, manakala paha kanan anaknya juga turut dibalut hingga menimbulkan persoalan tentang nasib anaknya itu.
Bagaimanapun pihak hospital memberi arahan supaya dia membuka balutan di betis pada hari ke-14 dan di paha pula pada hari ke-10 selepas menjalani pembedahan di kaki kanan anaknya itu.
“Difahamkan anak saya telah menjalani pembedahan dengan membuang kesan kehitaman di betis dan ditampal kulit paha. Selepas membuka balutan itu kesan kaki kanan anak saya itu bertompok-tompok dan nampak cacat kerana tidak dapat memijak dengan sempurna.
“Kini kaki kanan anak saya juga kecil sebelah dan badannya kini semakin bongkok mungkin akibat tidur selama dua bulan semasa mendapat rawatan di ICU itu. Saya hairan mengapa paha kanan anak yang perlu diubati sedangkan dia hanya mengalami batuk saja sebelum ini,” katanya.
Bapa Norhayati, Md Ibrahim Sutan, 58, berkata, selama hampir dua bulan cucunya itu berada di hospital berkenaan, mereka tidak dikenakan bayaran dengan alasan bil ditanggung pihak hospital.
Bagaimanapun dia kecewa dengan tindakan hospital itu hingga menyebabkan cucunya mengalami cacat kekal dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian tersebut.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan ibu bayi berkenaan.
Sumber: Sinar Harian