Suami Tembak Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Bayinya

Pusat Perubatan King Fahad di Riyadh
SEORANG lelaki dari Arab Saudi kini diburu pihak polis selepas melepaskan tembakan ke atas seorang doktor lelaki hanya kerana menyambut kelahiran anaknya, baru-baru ini.

Lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu telah menembak Dr. Muhannad Al-Zabn di hadapan wad bersalin Pusat Perubatan King Fahad di Riyadh.

Mengharapkan dapat ucapan terima kasih, sebaliknya mangsa telah ditembak selepas suspek mengeluarkan pistol yang disembunyikan dalam jaket yang dipakainya.

Suspek dipercayai telah melarikan diri selepas tembakan dilepaskan.

Susulan insiden itu, mangsa telah dikejarkan ke unit rawatan rapi dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

Difahamkan suspek menembak doktor itu kerana dia bengang apabila lelaki lain bukan muhrim bebas melihat isterinya dalam keadaan ‘berbogel’ ketika melahirkan anak mereka.

Suspek dilaporkan telah berjaya diberkas pihak polis.

Di Arab Saudi, lelaki dan perempuan sering kali dipisahkan dan tidak boleh dilihat bercampur sekali walaupun ketika di tempat awam sekalipun.

Wanita juga dilarang untuk memandu dan perlu ditemani mahram sekiranya mereka mahu keluar rumah. – Kedahnews.com