Mohd Khairul Anas memeriksa keadaan bumbung dapur rumah Nor Shuhada selepas diterbangkan ribut Sabtu lalu. |
JITRA - Keluhan wanita kurang upaya (OKU) mengenai bumbung rumahnya rosak akibat ribut telah mendapat perhatian Pejabat Zakat Kubang Pasu apabila pihak berkenaan turun dan melawat rumahny, semalam.
Nor Shuhada Abd Ghani, 29, dari Kampung Ketul, Mukim Tunjang berkata, dia terharu menerima kunjungan pihak berkenaan yang bersetuju memberikan bantuan baik pulih bumbung.
Menurutnya, bumbung dapur rumahnya diterbangkan ribut pada Sabtu lalu.
“Saya bersyukur jika bumbung rumah ini dapat dibaiki air hujan tidak akan melimpah lagi masuk ke dalam rumah hingga saya terpaksa menimba keluar setiap kali hujan.
"Saya takut tinggal di rumah sendirian dengan keadaan dapur yang tidak berbumbung. Selepas ini saya boleh diami rumah ini dengan tenang," katanya.
Sementara itu, Eksekutif Siasatan Lembaga Zakat Kedah cawangan Kubang Pasu, Mohd Khairul Anas Abu Bakar berkata, pihaknya telah turun untuk membuat siasatan mengenai masalah yang dihadapi gadis OKU itu.
"Kami bersetuju untuk membaiki bumbung ini di bawah bantuan musibah alam sebanyak RM2,500,” katanya.
Sumber: Sinar Harian