Salleh menunjukkan sawah disewanya yang tidak dapat diusahakan sejak dua tahun lalu |
ALOR SETAR - Ketika pesawah lain menghadapi masalah sawah kering akibat El-Nino, beberapa penduduk di Kampung Alor Belat buntu apabila sawah mereka tidak dapat diusahakan akibat tenggelam sejak dua tahun lalu.
Salleh Kasim, 63, berkata sawah yang dikerjakannya berkeluasan dua relung dan disewa daripada saudara terdekatnya.
“Sepanjang 35 tahun saya mengerjakan sawah terbabit, tidak pernah lagi sawah tidak mengeluarkan hasil. Kali ini memang bermasalah,”katanya.
Menurutnya, masalah mulai timbul apabila pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menukar paip saluran air ke sungai buang sejak dua tahun lalu.
“Paip sebelum ini berukuran 0.3 meter tetapi apabila paip berkenaan pecah, pihak Mada menukarnya dengan paip yang saiznya jauh lebih kecil,” katanya
Menurut Salleh, ukuran paip yang kecil menyukarkan air mengalir keluar dari sawah ke sungai buang apabila tibanya proses menanam.
“Masalah sudah berlarutan hampir dua tahun, manakala sewa sawah harus dibayar," katanya.
Salleh berkata, dia menanggung kerugian yang sangat besar kira-kira RM5,000 semusim.
Sementara itu, anaknya Mad Amin Salleh, 30, berkata sebelum ini, sawah mereka memang tenggelam tiap kali musim menanam tetapi masih boleh dikerjakan walaupun agak lambat dari pesawah lain," katanya.
“Namun begitu, sudah hampir empat musim kami tidak dapat menuai hasil, kerana padi benih tenggelam teruk setiap kali proses menabur," katanya.
Mad Amin berkata, padi benih akan mati apabila berada terlalu lama di dalam air.
“Ayah saya dan pesawah lain menanggung kerugian yang sangat banyak, antaranya kos membeli padi benih, racun dan membayar upah membajak,” katanya.
Seorang penduduk, Harun Hasan, 70, berkata, disebabkan masalah berkenaan dia kerugian kira-kira RM10,000 semusim,
“Saya juga membayar upah pekerja untuk menjaga sawah berikutan kekangan kesihatan dengan bayaran RM350 serelung,” katanya.
Menurutnya, masalah berpunca daripada sungai buang yang kurang berfungsi untuk mengeluarkan air dari sawah.
“Paip saluran dari sungai buang ke sungai besar juga kecil, menyebabkan air tidak mengalir dengan baik”
“Apatah lagi, keadaan sungai buang yang kotor dan tidak dicuci memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Harun berkata, hampir 30 relung sawah di kawasan terbabit terjejas akibat masalah ini.
“Jika mengikut proses penanaman padi, sekarang pesawah lain sibuk melakukan kerja-kerja membajak dan membadai, tetapi kami masih mati kutu dengan masalah terbabit,” katanya.
Sementara itu, pihak Mada ketika dihubungi berkata, mereka akan menyiasat masalah terbabit dengan kadar segera dan tindakan susulan akan diambil.

Sumber: Sinar Harian