SALAH satu firma binaan terbesar di dunia, Saudi Binladin Group telah memberhentikan kira-kira 50,000 pekerjanya berikutan kejatuhan harga minyak dan langkah penjimatan perbelanjaan.
Ianya juga susulan larangan kepada syarikat berkenaan daripada mengerjakan sebarang kontrak baru pemerintah sejak insiden kren terjatuh di Masjidil Haram, yang mengakibatkan 107 maut pada September tahun lalu.
Menurut laporan akhbar Saudi, Al-Watan, rata-rata pekerja yang dipecat adalah warga asing dan mereka juga diberi visa untuk keluar dari negara tersebut.
Bagaimanapun, pekerja didakwa sukar menerima keputusan pemecatan itu ekoran tidak mendapat gaji selama empat bulan.
Sehubungan itu para pekerja terbabit melakukan demo tunjuk perasaan di hadapan syarikat dan membakar beberapa bas milik syarikat berkenaan, Sabtu lalu.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Makkah, Mejar Nayef Al-Syarif berkata, anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Bagaimanapun, Saudi Binladin Group masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.
Mereka yang diberhentikan kerja terdiri daripada para jurutera, mandur, tukang besi, tukang kayu dan tukang kimpal.
Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1931 dan berpangkalan di Jeddah itu, telah banyak melaksanakan projek penting di Saudi termasuk jalan-jalan raya, terowong, lapangan terbang, universiti dan hotel.
Saudi Binladin Group juga merupakan firma yang membina menara jam raksasa di Makkah. –Kedahnews.com