Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid |
ALOR SETAR - "Tak kenal maka tak cinta", kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tentang kepentingan para pelajar sekolah untuk bijak merancang dan memilih kerjaya yang bersesuaian bagi mereka pada masa hadapan.
Mahdzir berkata, beliau sendiri tidak tahu untuk memilih kerjaya yang sesuai ketika tamat tingkatan 5 dahulu sebelum membuat keputusan mengikuti pengajian di dalam bidang Pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM).
"Merancang kerjaya masa depan bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang pelajar walaupun dia cemerlang dan bijak.
"Saya sendiri dulu tidak tahu apa yang saya mahukan selepas tamat tingkatan 5. Namun saya memutuskan untuk mengikuti pengajian bidang Pendidikan di USM, kemudian cuba untuk memahami dan berbakti kepada masyarakat dari sudut bidang pendidikan itu sendiri.
"Syukur pada Allah, segala usaha dan pengorbanan itu memberikan saya kerjaya yang berbaloi dan penuh warna-warni.
"Saya juga bersyukur kerana diberi jawatan sebegini untuk terus berbakti dan menasihati anak-anak untuk memilih kerjaya terbaik bagi masa depan yang bakal ditempuh nanti," katanya kepada para pelajar yang menyertai program "1st Career Unlocked #CU2016"," Sabtu lalu.
Kata Mahdzir yang turut dikenali sebagai "Cikgu Det", program berkenaan amat memberi manfaat kepada para pelajar di sekolah untuk mereka merancang dan memilih kerjaya yang terbaik serta bersesuaian diri mereka apabila tiba masanya kelak.
"Tanpa pendedahan dan kesedaran, mana mungkin kita dapat memilih kerjaya yang sesuai.
"Jadi eloklah, kita semua saling mengenali dan mengamati sesuatu bidang sebelum membuat keputusan bahawa itulah bidang yang paling sesuai untuk diri kita," katanya lagi.
Program "1st Career Unlocked #CU2016" adalah merupakan anjuran Perdana Fellows Alumni Association (PFAA) dan Young Corporate Malaysians (YCM) yang turut dihadiri oleh ratusan pelajar dari seluruh negara baru-baru ini. -Kedahnews.com