Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah |
ALOR SETAR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ulangi gesaan agar Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, diibaratkan sebagai usaha hasut rakyat supaya menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bekas perdana menteri yang memegang jawatan itu selama 22 tahun.
“Tun Mahathir pun tahu kaedah yang sesuai untuk turunkan perdana menteri sedia ada, sama ada melalui tindakan ahli parlimen hilang kepercayaan kepada Najib atau Majlis Tertinggi Umno/Ketua Bahagian tidak lagi sokong Najib sebagai presiden parti,” katanya, ketika diminta mengulas kempen jelajah Selamatkan Malaysia yang dilakukan Tun Mahathir bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurutnya, pemimpin yang rakus menggesa Najib diturunkan wajar menghayati semula amalan demokrasi di negara ini, dengan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat melalui pilihan raya umum.
“Walau apa pun, jika mahu turunkan perdana menteri yang dipilih rakyat ketika PRU lalu, tunggulah PRU14. Tidak perlulah ke hulu ke hilir merata buat kempen, sedangkan beliau sendiri tahu apa cara terbaik,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, teguran pimpinan berkenaan umpama hasutan yang mahu rakyat bangkit membenci parti dan pemimpin.
Sumber: Sinar Harian