"Terima Kasih Fatin Najwa, Hadiah Kamu Paling Bermakna..."

Hadiah yang cukup bermakna dari adik Fatin Najwa
ALOR SETAR - Seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang meluahkan rasa terharu dan terima kasih kepada anak didiknya meskipun muridnya itu hanya menghadiahkan buku kecil "555" sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei, baru-baru ini.

Bagi guru berkenaan, Esmimi Elias, pemberian Fatin Najwa itu cukup bermakna buat dirinya pada Hari Guru kali ini.

"Ada satu hadiah yg dibalut dalam kotak yg besaq..buka2 ternampak buku kecik...buku 555......

"Depan kulit tu tulis Baca....jadi aku buka dan baca....ayat yg biasa aku terima...dan kesimpulannya... hadiah ini diletak dlm kotak besar..mungkin kawan2 yg lain bawa kotak besar.. tapi dia hanya mampu beri yg ini...

"Jadi mungkin malu nanti dia hanya beri hadiah kecik....berkali2 aku pesan sebelum hari guru..kalau nak beri hadiah..kasi ja pen kat cikgu sebb cikgu memang guna...perasaan takut diejek dan sebagainya masih ada dalam diri..

Inilah Fatin Najwa dan Cikgu Esmimi dari SK Kuala Pegang, Baling, Kedah.
"Apapun hadiah cikgu terima...jgn bimbang...tapi yelah budak2 memang akan ada sikap sedemikian...inilah hari guru yg sebenarnya...ikhlas atas setiap pemberian dan terima seadanya....selamat hari guru kpd semua yg bergelar pendidik....

"Terima kasih fatin najwa....hadiah kamu paling bermakna," luah Cikgu Esmimi yang dipetik dari laman sosial Facebooknya.

Apa yang jelas di sebalik secebis kisah yang dikongsi Cikgu Esmimi itu adalah satu penghargaan dari hati seorang murid yang begitu tulus kepada mereka yang bergelar guru yang amat berjasa kepada anak bangsanya.

Tahniah Cikgu Esmimi dari adik Fatin Najwa dari SK Kuala Pegang, hubungan antara kalian amat menyentuh hati ramai. -Kedahnews.com