Shamsul dalam babak filem Munafik |
Meremang bulu roma apabila mantera yang dibacakan itu kelihatan sangat real sehinggakan sampai ada pihak menganggap pengarah filem itu, Syamsul Yusof menggunakan mantera sebenar bagi merealisasikan babak tersebut.
Hal itu ditimbulkan seorang pengikut laman Instagram Syamsul yang bertanyakan kepadanya mengenai kesahihan kononnya mantera yang digunakan itu betul dan ini merupakan jawapan pengarah muda itu,
Namun dakwaan itu disangkal Shamsul sepenuhnya.
“Tidak. Itu bukan mantera/bacaan betul atau sahih Hanya rekaan semata. Cuma dilaungkan dalam bahasa Arab. Sebagai Muslim, kita jangan taksub/melampau dengan sesuatu,” tulisnya.
Munafik merupakan filem seram kedua arahan Syamsul selepas Khurafat.
Ia mendapat kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara apabila berjaya mengatasi kutipan Polis Evo dengan meraih sebanyak RM18 juta sejak ditayangkan bermula 25 Februari lalu. –Kedahnews.com