Tom and Jerry |
KAHERAH – Kartun kegemaran ramai yang sudah 70 tahun menghiburkan penonton seluruh dunia, Tom and Jerry didakwa menyemai sentimen dan menggalakkan perbuatan ekstrem termasuk kumpulan militan Daesh.
Kartun bertemakan permusuhan klasik masing-masing antara seekor kucing bernama Tom dan tikus dikenali sebagai Jerry dikesan tanpa sedar berjaya mengajar kanak-kanak bahawa meletupkan orang lain adalah tidak salah.
Demikian pandangan oleh Ketua Khidmat Penerangan Kerajaan Mesir, Salah Abdel Sadek semasa menyampaikan ucapannya di Universiti Kaherah, di sini seperti yang dilaporkan oleh portal berita tempatan Egyptian Streets.
Beliau malah secara terbuka menyalahkan pengaruh hebat kartun tersebut atas kebangkitan organisasi pelampau antarabangsa Daesh yang kini disertai pengganas daripada lebih 70 buah negara termasuk warga Barat sendiri.
Salah juga menyatakan bahawa kartun tersebut serta permainan video komputer dan filem-filem ‘ganas’ membantu mencetuskan gejala fahaman keganasan dan pelampau di rantau Timur Tengah yang masih lagi bergolak teruk.
Bahkan beliau menambah bahawa siri kartun Tom and Jerry menyumbang kepada pemikiran songsang dan berbahaya bahawa konon aktiviti keganasan adalah ‘perkara biasa’ dalam kehidupan seharian manusia normal.
Menurut Egyptian Streets, Salah berkata: “Kartun itu memaparkan keganasan dalam bentuk lucu dan beri mesej seperti, ‘Ya, saya boleh memukul dia… dan saya boleh meletupkannya dengan menggunakan bahan-bahan letupan’.
“Ia seperti diterapkan dalam minda penonton tanpa secara sedar anggap ini sebagai perkara biasa.” Tom and Jerry mula ke udara pada 1940 dicipta oleh William Hanna dan Joseph Barbera diterbitkan Metro Goldwyn Mayer.
Beliau juga menambah bahawa kini sudah menjadi sesuatu yang lazim untuk golongan anak muda untuk duduk berjam-jam lamanya, sekadar bermain permainan video yang mempunyai unsur-unsur keganasan cukup ketara.
Meskipun setelah Salah mengeluarkan komen sedemikian, setakat ini pemerintah Mesir masih belum mengambil langkah untuk mengawal penyiaran kartun Tom and Jerry serta permainan video, menurut Egyptian Streets.
Hannah dan Barbera menulis, mencipta dan mengarahkan sebanyak 114 sketsa Tom and Jerry antara tahun 1940 dengan 1957 dengan siri-siri asalnya itu pernah menerima tujuh pengiktirafan terbaik Anugerah Akademi. – Agensi